PENULISAN REFLEKSI

PENULISAN REFLEKSI

DISEDIAKAN: HAZALIA BT OTHMAN

UNIT: PPISMP PRASEKOLAH

REFLEKSI

Pada hujung bulan Julai yang lalu,saya telah menerima tugasan tentang ‘Kemahiran Belajar’ iaitu GKB 1053 .Tugasan ini merupakan tugasan pertama yang diterima oleh saya daripada IPG ini.Tugasan ini ditaklimatkan oleh Encik Hamzah bin Dollah dan sekaligus menerangkan proses pelaksanaan tugasan ini.Tugasan ini berkisarkan mengenai kemahiran-kemahiran belajar yang perlu kami ketahui supaya mampu mengamalkannya terutamanya dalam kehidupan sebagai seorang pelajar yang dipenuhi pelbagai tugasan-tugasan.

      Pada mulanya, tugasan ini sukar difahami kerana kehendak soalan ini agak umum dan tidak dapat kenal pasti fokus utama kehendak soalan. Namun, masalah ini dapat diatasi apabila guru pembimbing saya memberikan penerangan yang jelas mengenai setiap turutan soalan tersebut dan juga lebih difahami apabila mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

      Antara kelebihan yang dapat saya kenal pasti pada diri saya ialah, saya mudah memberikan kerjasama dengan rakan-rakan yang lain. Ini dapat dilihat apabila sesi perbincangan diadakan bersama dengan rakan-rakan yang lain bagi menambahkan lagi pemahaman saya tentang tugasan ini. Begitu juga dengan perkongsian ilmu dan bahan yang saya miliki. Ini kerana, ilmu pengetahuan yang ada perlu dikongsi dan disebarkan jika tidak ilmu itu hanya sia-sia jika kita yang hanya memilikinya. Begitu juga apabila dalam mencari maklumat. Saya tidak hanya berfokus kepada satu bahan rujukan sahaja dan di sini saya perlu bijak mengatur masa mencari bahan yang sesuai dengan tugasan ini.

      Berdasarkan tugasan ini saya mendapat banyak perkara baru dan juga ilmu pengetahuan yang baru. Selaku guru pelatih yang masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan juga kenali.Hal ini kerana dengan membuat tugasan ini,saya dapat belajar banyak perkara baru terutamanya yang berkaitan dengan komputer.Sebelum ini,saya tidak begitu mengetahui fungsi setiap peralatan dan perisian yang terdapat di dalam komputer namun dengan membuat tugasan ini, saya dapat mengetahui hampir kesemua fungsi yang terdapat di dalam komputer.Contohnya, saya telah diberikan tugasan membina sebuah blog yang memuatkan semua perkara yang berkaitan dengan kemahiran belajar.Dengan membuat blog ini,saya dapat belajar banyak dan saya turut dapat menulis luahan hati saya di blog ini.

      Namun,terdapat juga beberapa halangan yang mungkin saya hadapi semasa menyiapkan proses tugasan ini ialah saya mungkin berdepan dengan masalah tidak cukup masa kerana kami telah diberikan beberapa tugasan subjek-subjek lain menyebabkan saya terpaksa menggunakan dan membahagikan masa sebaik-baiknya supaya dapat menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan oleh pensyarah tepat pada masanya dan tidak berlaku sebarang masalah kelewatan menghantar kesemua tugasan tersebut.Sepatutnya sebagai pelajar IPG,saya perlu pandai membahagikan masa sebagai seorang yang bakal bergelar guru.


      Secara konklusinya,saya mendapati tugasan ini memberikan banyak faedah dan manfaat seperti ilmu pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang berfaedah terutamanya terhadap kami,guru-guru pelatih yang baru sahaja mendaftar masuk ke IPG ini pada bulan Jun yang lepas.Tugasan ini juga memberikan kesedaran tentang pengetahuan awal mengenai kemahiran-kemahiran belajar yang pelbagai dan sekaligus dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian  sebagai seseorang yang bakal bergelar guru suatu hari nanti.

Sekian,terima kasih.

1 comment: